Thursday, March 17, 2011

Awal la sangat kan

hey :) awal kan aku bangun? pukul 7 aku dah bangun. awal ke tuh? macam tak jee. hahah. yelah biase time macam ni aku bantai tidur lagi.yelah cuti sekolah kan.ambik kesempatan la aku!:P haa haaa. aku bangun awal niy pun sebab nak balik kampung. jyeaahh. na na na na na ganu kito! huhuh. yeahh aku nak balik terengganu. hahah. best giler !tak sabar nak makan kerepok sampai puas!  huh. awal kot aku bangun. ade orang tuh kan suruh kejut dia bangun solat. okay fine lah aku kejut. memang kerja aku pun kejut dia time sekolah.hee <3 at last dia off handphone . err , geram betul. sekeh tau lah! :P bangun  nanti siap laaa! hahah. okay lah gtg. Byeee. Love yaa :)

Tuesday, March 15, 2011

Hari marah sedunie kot. HAHA

jyeaah. asal dengan tajuk tu la pulak kan. hahah. hari ni ramai emo apehal la pulak. termasuk aku. mula-2 aku okay je dengan dia then ade sikit salah faham.act aku tak tau gaduh ke tak niy. adess. pening aku. dengan masalah kawan aku lagi. takpe la.kawan punye pasal kan. :) baik pulak aku niy. biase la tuh! :P ayat mintak penyepak macam tu laa:D okay kiteorang nak cakap gaduh tak lah gaduh. masing-2 panas baran. dahsyat dahsyat. Nazmi raja lawak tuh. dah tersingkir dah pun. :Phah memang dahsyat habis lah. ego kau dengan aku terserlah :)hahah. at last dia call aku. aku taknak angkat sebab aku takde mood . kang aku angkat tak pasal-2 kena maki dengan aku. sorry :) banyak kali dia call sumpah takde mood then terus off handphone :) then mood aku nak okay sikit aku on hp balik tengok 50 panggilan rindu. *cehh bajet padahal baru 50. poyo giler dyana.sumpah poyo! :P alahai salt nye lah you kan, :)  aku text dia balik. say sorry bagai. mengalah jugak aku. aku malas la nak badmood lama-2. takde untungnye. sorry okay !jap jap asal aku menggelabat tuut semacam ni.cite pasal boyfie bagai. ish ish :D dah aku dah merepek cite pasal boyfie. adesss. sejak dua menjak ni aku dah menggedik .hua! kan? mesti korang cakap gedik punye. cayalahh. thanks a lot = =' jerk . suke hati aku la . blog aku. heheh,yihaaa :D okay done nak tidur.salam 1 dunia  :)

Sunday, March 13, 2011

Santai jo kerja aku . :)

Hmm. hari ni aktiviti aku tak lah gempak mane. hahah*ayat mintak kaki je ouhhh.. bangun tidur je tidur mandi then call orang tersayang. hua.! time tu dia tengah tidur aku call.sweet giler suare dia. huh! okay dah cukup. menggedik pulak kau kan. haihh.sekeh tau la. :P then kerja aku hari ni santai je. macam tittle kat atas tu. hee. mane taknye. buku tak bukak. LMC pun satu pun tak terusik,kasut tak basuh lagi. adehh. malas betul la nak buat.heheh. yelaah cuti ni kan just for fun . betul tak. hahah.karang tak buat silap-2 kena bebel. tak larat eden nak dongar.:D makan nasi pun tak hari ni, memang best lah kan. asyik tengok tv je kerja,then online,malas nak makan, hahah, makan pun malas . tak boleh bla lagi hah. memang seharian aku bersantai hari ni. tak buat satu kerja rumah pun.kemas rumah? tak yah cakap lah memang tak buat aku hari ni. bersantai lah katakan. heheh.nasib baik mood mak aku o.k hari ni. kalau tak memang dah mengamuk dah dia. hahah. comel je :)okay pasal arsenal kalah tu .err. sumpah sakit hati gilerr. rase macam nak curang balik kat M.U je. huaa.macam mane lah boleh kalah kan.eee! Jerk! :D

11 mac 2011.

2 hari punye cite ni. haha. sengal punye dyana. hahah. memang aku suke macam tuhh.okay tarikh ni ade 3 peristiwa berlaku. First, Niza kena tepung 1 kg. best kann? hahah. kesian sayang aku, mula-2 kiteorang memang rancang taknak wish time datang sekolah. merengek habis dia. cakap kiteorng lupe birthday dia konon. lupe la sangat kan.at last habis kau mandi tepung, hahah .syiokk habis laa.best kan main tepung yunk? hahah. then semua orang dah pandang-2. giler malu laa. aku pun buat muke tebal. mesti dorang fikir kiteorang terencat kan. sesuai masuk kelas PK. huaa.jeleous lah tuh.okay done! Love yaa.Second , aku dengan dia dah sebulan. cehwah baru sebulan pun nak kecoh kan aku ni. hahah,kesah pulak aku kann. senyum sorang-2 pulakk. okay dah! haha. sayang kau . ! <3 haaa. Third pulak. esok hari baca je paper tengok Jepun dilanda tsunami + gempa bumi. teruk giler kot. Ya Allah sumpah seram giler . takut kot. sekelip mata je musnah macam tu.mungkin balasan Tuhan kot,mintak-2 la Malaysia jauh daripada musibah macam niy. Hopefully.! entah laa.bila fikir balik,. errr. seram sejuk aku dibuatnyee. so banyakkan la amal sekarang . waaahhh <3

Sunday, February 27, 2011

WO AI NI :)

Cerita dah lama tapi baru nak update.bodoh je kan? huwaaaa! takpelah.at least terupdate jgk ler blog aku niy :) ni nak story ni. ce cite ce cite. nak cite lar ni! chilexx dulu. :D okay cite dia macam ni..11 Febuari 2011 aku dah hilang takhta single dah.hahah.faham-2 jela kan.huhh. mule-2 ingat couple dengan dia just for fun.dah berapa hari tu.aku dah start cair dah.adesss! ni yang tak suke ni. dia caring aku giler kuda!*bukan nak bangga la kan tapi bangge sikit.huwaaa! :P serious doh.aku dah mula sayang dia.aku tau dulu dia player tapi dia cakap dia dah berubah.aku dah mula percaya dia sejak kes semalam. tu tak boleh cite lah. hee~ aku tak pernah bhai rasa macam ni.waah gangster giler aku! = =' takde lelaki pernah caring aku Se-caring dia.dan sekarang aku tak start senyum sorang-2. hahah. cehceh. tapi kawan-2 aku ade jugak cite pasal dia. aku abaikan .bukan tak caye member aku.tapi aku rasa macam dah lama kenal dia.:) salt kan? huahua. mesti korang blur ape maksud salt tuh. mksdnye salt couple la.biasenye orang selalu panggil "sweet couple right? kiteorang buat kelainan sikit.hahah :Daku bukan jenis memilih nak lelaki yang handsome.tak okay! bfie hnsem pun kalau hati macam kude baik tak payah.bukan nak cakap dia tak hnsem but sweet la.suke tengok lesung pipit dia. hee~ Ya Allah sumpah aku tuuuut dengan dia. malu la nak bagitahu.hahahaha. menggelabah je kan. cuma satu je aku harap.dia tak game aku. dah serik kot aku kena. harap dia orang terakhir aku couple :) boleh kan irfan? <3 You :) kita dah sepakat kan. cehhh. berjiwangan pulak aku niy.


         I LOVE YOU NOT ONLY FOR WHO YOU ARE BUT
                                              WHO I AM WHEN I AM WITH YOU <3

                          

Sunday, February 13, 2011

Banyak dugaan lah tahun ni(!)

ce cerita.okay nak story la ni.cerita dia mcm ni masa perhimpunan ade cikgu ni panggil aku dengan 3 kkawan aku lagi masuk bilik disiplin.aku takut jugak,cikgu panggil sorang-2 then aku masuk dia tanye ade ambik ape-2 tak dalam kereta cikgu.aku dah lah tengah menggeletar.mana taknye tak buat pape salah then kena panggil secara tiba-2.ciwak lah kan. aku jawab lah ambil ape.cikgu kata barang berharga.aku dah blur.aku ape lagi pertahankan diri aku lah kann.dah memang aku tak ambik.nak buat macam mane takkan aku nak mengaku benda yang aku tak ambik.memang stupid habis lah kan kalau aku mengaku.dah stop cerita pasal tuh.nak cerita panjang sangat.malas aku nak menaip. ni kes semalam pulakk. sumpah jantan ni Fake giler lah.ade ke dia cakap kat budak taman aku yang time kau coup dia aku buat aksi terlarang? melampau wei(!) bila mase pulak aku buat  bende bodoh tu dengan kau ,aku tau cerita ni pun budak taman aku text aku.nasib baik dia tanye aku.kalau tak aku tak tau lagi ape dia nak fitnah aku.haisssshhh ! bengang giler aku. dah lah kena tuduh pasal tuuuutt. then kena fitnah buat benda tak senonoh. dugaan ohh dugaan.tension aku(!) ~EYL~

Friday, February 4, 2011

2 Febuari 2011

Hello! haha.okay 2 Feb 2011 rabu lepas aku,wanong,sue,dekna gerak pergi mandi.Mula-2 ingat nak naik bas,tapi segan pulak sebab barang banyak,padahal pergi 4 org je .hahah. so last-2 ayah aku hantar :) hee. dalam kereta tu aku agak kabut sikit sebab dah lama tak pergi.ingat nak pergi Lubuk Manggis.fikir-2 balik lastly pergi sg.Congkak jelah.Lagipun Lubuk Manggis mesti muke-2 budak smkdn ramai. bikin segan je :Ddah sampai Sg.Congkak.yihaaaa.aku excited kejap sbb dah lame tak gi.pernah pergi tahun bile entah ,lupa(!)kemas-2 ape yang patut then terjun.Haha.Jakoon je kann.tengah mandi-2 tuh akma datang,terkejut jgk tapi its okay,its alright:D,ramai lagi gempak.kiteorg pun dah mule pose bagai nak rak.nak tengok gambar tak? okay nanti aku upload .okay tengok-2 jam dah pukul 3 lebih kiteorg pun kemas-2 then balikk.perhhh jalan nak keluar Sg.Congkak bapak lah jauh.sakit kaki kot (!) polak je.nasib baik tak naik bas,ade pulakkk muke-2 nanding nanti,hahah.ayah wanong ambik kteorg .yeahhhh.penat tapi syoookkkk habis,diorang cakap nak buat reunion kat situ.okay set (!) buat BBQ sekali ,mesti gempak kan. :) okayyyy ni gambar kiteorang kat sane :P



ala konon-2 yang korea tuh. :P
comel je kan :P
                          okay jangan kutuk lagi pasal aku pakai crocs tu.selipar Fipper aku hilang,terpaksa lah pakai crocs takdek kasut lain :(
entah ape punye pose lah ni :P

aku buat jahat.hahah.ishishish :P ni jelah gambar aku bubuh kat sini.act banyak lagi.nak letak kat Facebook lupe pulak macam mane nak buat album baru.adehh.nanti-2 jelah.aku pun update blog pasal ni pun lambat.Broadband lah ni lembap giler(!) bikin hot je ouhh.
THE END (!) ~EYL~